1.
Apa
Itu Diebetes (Kencing manis) ?
Diebetes (Kencing Manis) adalah suatu penyakit dimana tubuh tidak dapat menghasilkan insulin
(hormon pengatur gula dalam darah) atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi
atau insulin tidak berfungsi dengan baik. Oleh karena itu akan menyebabkan gula
darah meningkat.Insulin dalam badan dihasilkan secara semulajadi oleh pankreas.
Diebetes Jenis 2-Terjadi kerana tubuh tidak menghasilkan hormon insulin yang mencukupi atau kerana insulin tidak dapat digunakan dengan baik (resistensi insulin). Jenis ini merupakan yang paling banyak diwaktu ini (90% lebih), sering terjadi kepada mereka yang berusia lebih dari 40 tahun, gemuk dan mempunyai keturunan kencing manis dalam keluarga.
2. Bagaimana mengetahui apakah kita menghidapi Kencing Manis atau tidak ?
Mereka yang menghidap Kencing Manis sering menunjukkan gejala berikut :
- Kerap Haus dan Banyak Minum
- Sering Lapar dan banyak makan
- Kerap kencing
- Berat Badan Menurun
- Mata Kabur
- Luka lambat sembuh
- Mudah terjadi infeksi pada kulit
- Badan Terasa Lemah
- Kerap mengantuk
3. Siapakah yang berpotensi menghidap kencing manis ?
Kencing Manis boleh terjadi pada semua orang. Tapi bagi mereka yang mempunyai keluarga yang kencing manis, lebih besar kemungkinannya untuk menghidapnya. Selain faktor keluarga, faktor risiko lainnya adalah mereka yang mempunyai berat badan berlebihan (gemuk), kolesterol tinggi, Hipertensi dan kurang aktiviti fizikal. Mereka yang berusia lebih dari 40 tahun disertai dengan kegemukan akan meningkatkan risiko untuk menghidap kencing manis.
4. Bagaimana memastikan menghidap kencing manis atau tidak ?
Pengesahan kencing manis boleh dikesan hasil pemeriksaan sebagai berikut :
- Fasting Blood Sugar (FBS)-Pemeriksaan ketika berpuasa.Ianya pemeriksaan yang dijalankan ketika seseorang itu tidak mengambil apa-apa makanan sekurang-kurangnya 8 jam.
- 2 Hour Postprandial Blood Sugar(2HPP)- atau pemeriksaan glukos 2 jam selepas mula makan.Ianya akan menguji keberkesanan pankreas mengeluarkan insulin bagi mengawal gula.
- Random Blood Sugar (RBS)- atau pemeriksaan gula tanpa perlu berpuasa.Ia adalah ujian rawak bagi mengesan kandungan gula seseorang.Jika bacaannya terlalu tinggi ia bermakna pesakit mungkin menghidao kencing manis.Namun begitu ianya bukanlah pengesahan menghidap kencing manis.
- Oral Glucose Tolerance Test (OGTT)- Ia adalah ujian pemeriksaan gula bagi membuat diagnosis kencing manis dikalangan wanita hamil dan orang biasa.Pesakit diminta untuk minum air gula.Pemeriksaan dilakukan sebelum dan selepas meminum air gula.
Tapi bila gejala khas tidak ada, diperlukan dua kali pemeriksaan di atas untuk memastikan diagnos kencing manis.
5. Apakah yang dimaksud dengan Pre Diabetes itu ?
Pre Diebetes adalah suatu keadaan dimana gula darah lebih tinggi daripada normal tapi belum cukup tinggi untuk dimasukkan dalam kategori Diebetes (Kencing Manis).
Mereka yang termasuk dalam kategori Pre Diebetes , berisiko tinggi untuk menderita Diabetes Jenis 2 di kemudian hari, kecuali mereka mengamalkan gaya hidup sihat dengan menurunkan berat badan yang berlebihan dan aktif bersenam.
Seseorang dimasukkan dalam kategori Pre Diabetes bila gula darah puasa berkisar antara 100-125 mg/dl. Gula darah 2 jam setelah pemberian larutan glukosa 75 gram (pada tes toleransi glukosa oral) berkisar antara 140-199 mg/dl
6. Bagaimana mengatasi Diabetes ?
Samada penghidap Diabetes Jenis 1 maupun Jenis 2, sangat penting untuk melakukan perancangan makan dan berolahraga. Untuk Diabetes Jenis 1 dan beberapa Diabetes Jenis 2, diperlukan juga suntikan insulin. Untuk sebagian penghidap Diabetes Jenis 2, diperlukan ubat minum agar membantu tubuh untuk membuat insulin lebih banyak dan atau membantu membuat insulin bekerja dengan lebih baik.
Kadangkala penghidap Diabetes Jenis 2 dapat mengawal gula darahnya tanpa ubat, hanya dengan mengatur cara pemakanan dan besukan secara teratur.
Penghidap Diabetes dianjurkan untuk berjumpa doktor secara berkala. Doktor akan memberikan penjelasan tentang Diabetes dan pengendaliannya, mengatur pemakanan, olahraga, kesan yang terjadi akibat ubat-ubatan atau insulin yang perlu digunakan.
Pesakit juga perlu melakukan pemeriksaan kadar gula darah secara rutin dan melalukan pemeriksaan darah dan air kencing secara berkala yang meliputi HbA1c (gambaran gula darah dalam 3 bulan terakhir), mikroalbumin urin, profil kolesterol, fungsi buah pinggang, hati, dan sebagainya.
Pesakit juga perlu pemeriksaan matanya secara teratur sekurang-kurangnya 1 kali dalam setahun untuk memastikan tidak adanya komplikasi Diabetes pada mata (retinopati).
7. Apa saja komplikasi akibat Diabetes?
Inilah salah satu sebab yang penting mengapa pesakit perlu mengawal gula darahnya. Kerana dengan tidak mengawal gula darah, pesakit akan mengalami komplikasi jangka panjang, seperti stroke, penyakit jantung, buta, kegagalan buah pinggan, masalah pada pembuluh darah dan kerosakan saraf sehingga dapat menyebabkan masalah impotensi pada lelaki.
Dari penelitian yang dilakukan selama 10 tahun, menunjukkan bahawa pesakit yang menjaga gula darahnya dalam keadaan terkawal, akan menurunkan risiko komplikasi-komplikasi tersebut hingga lebih 50%.
8. Berapakah target gula darah yang harus dicapai oleh pesakit Diabetes ?
Target dari gula darah adalah bergantung kepada individu, boleh jadi kadarnya berbeza diantara satu sama lain. Tapi secara umum target yang harus dicapai adalah :
o Gula darah sebelum makan : 90-130 mg/dl
o Gula darah 2 jam setelah makan : dibawah 160 mg/dl
o Gula darah sebelum tidur : 110-150 mg/dl
o Target untuk HbA1c (gambaran gula darah dalam 3
bulan terakhir) iaitu kurang dari 7%
Sehingga kini belum ditemui ubat yang dapat menyembuhkan Diabetes. Tapi dengan menurunkan berat badan yang ideal, diet yang baik, dan bersukan secara teratur, dapat membuat gula darah kembali normal. Tapi ini tidak bererti telah sembuh dari Diabetes. Kerana bila pesakit kembali gemuk, diet yang teruk dan tidak bersukan, maka gula darah akan meningkat kembali. Jadi Diabetes tidak dapat sembuh, tapi gula darah dapat dikawal dalam pada paras yang normal.
No comments:
Post a Comment