Apa Itu Kolesterol?
Apabila mendengar perkataan kolesterol, kebanyakan dari kita pasti sudah
membayangkan kesan negatif yang dihasilkannya dari segi kesihatan dan ianya boleh
mengakibatkan kematian, sehingga bukan sedikit orang yang takut dan menganggap
kolesterol sebagai unsur berbahaya yang harus dihindari tubuh.
Namun, ada juga yang mengatakan bahwa kolesterol itu sangat penting dan
diperlukan oleh tubuh. Tanpa kolesterol, tubuh akan menjadi tidak sehat. Jika
begitu, manakah yang benar? Apa sebenarnya kolesterol itu?
Kolesterol berasal dari perkataan Yunani, Chole yang
bermaksud empedu, dan Stereo yang bermaksud padat. Dinamakan
sedemikian, kerana pada ketika ditemukan kali pertama pada abad ke-18, kolesterol
ditemui pada batu empedu.
Kolesterol dalam kadar tertentu bermanfaat bagi tubuh. Namun, jika tidak
dikawal dan kadarnya berlebihan dalam tubuh, kolesterol dapat menyebabkan berbagai
masalah kesihatan seperti darah tinggi, penyakit jantung, stroke, batu empedu,
dan masalah buah pinggang.
Adakah Kolesterol Sama dengan Lemak?
Kolesterol seringkali disamakan dengan lemak. Memang ada kemiripan di
antara keduanya, tetapi sebenarnya, keduanya tidaklah sama. Dari struktur
kimianya, kolesterol dapat dikategorikan di dalam keluarga lemak. Namun, lemak
sendiri tidak hanya berupa kolesterol namun terdiri atas banyak komponen misalnya,
lemak yang berasal dari tumbuhan (lemak nabati) bukanlah kolesterol tetapi
fitosterol.
Fitosterol memang memiliki struktur kimia yang hamper sama dengan
kolesterol tetapi dia berbeza dengan kolesterol. Perbezaan tersebut jelas dapat
dilihat dari cara fungsinya di dalam tubuh yang berlawanan dengan kolesterol
iaitu menghalang penyerapan kolesterol di saluran pencernaan.
Kerana ramai yang berpikir bahwa kolesterol sama dengan lemak, ramai
juga yang berpikir orang gemuk-banyak kolesterol dan orang kurus-sedikit kolesterol.
Pandangan tersebut agak mengelirukan. Ingat, kolesterol termasuk dalam keluarga
lemak. Tapi lemak belum tentu kolestrol.
Sebagai salah satu kumpulan dari jenis lemak, kolesterol sukar larut
dalam air dan sangat sukar diagihkan ke seluruh jaringan tubuh yang memerlukannya.
Kerana itu, pengagihannya perlu dibantu oleh sistem metabolisma tubuh. Di dalam
proses tersebut, kolesterol bekerja sama dengan protein, membentuk gabungan
yang dikenali dengan nama lipoprotein. Dalam bentuk ini, kolesterol dengan
mudah dapat didisalurkan ke seluruh tubuh melalui pembuluh darah.
Kolesterol dapat ditemui pada setiap sel di dalam tubuh. Kolesterol
merupakan komponen utama pada struktur selaput sel dan merupakan komponen utama
sel otak dan saraf serta merupakan salah satu komponen penting dalam semua
jaringan tubuh dan bagi pembentukan organ-organ dalam tubuh.
Tidak sekadar itu, kolesterol juga memainkan peranan besar dalam pembentukan
sel-sel tubuh yang sihat misalnya, untuk membangun membran sel, membentuk hormon,
dan asam empedu yang membantu proses pencernaan dan penyerapan lemak dalam
tubuh.
Tanpa kehadiran kolesterol dalam sel-sel tubuh, jaringan-jaringan yang
ada dalam tubuh akan terbentuk dalam keadaan kurang kuat dan kurang stabil.
Tentu saja keadaan ini dapat membahayakan tubuh. Bila sel tubuh lemah, tubuh
akan terdedah terhadap serangan berbagai jenis penyakit dan keradangan.
Apakah
Manfaat Kolesterol pada Tubuh?
Walaupun sering dihebohkan sebagai zat yang membahayakan tubuh dan berisiko
tinggi untuk kesihatan, seperti yang telah dijelaskan sebelumnya, kolesterol
ternyata bermanfaat bagi tubuh. Apakah manfaat kolestrol pada tubuh?
Manfaat kolesterol antara lain membantu dalam pembentukan dinding sel
tubuh, pembentukan hormon-hormon, pembentukan vitamin D yang penting bagi kesihatan
tulang, membantu proses pembentukan asam dan garam empedu dalam proses emulsi
lemak dalam tubuh, dan merupakan sumber tenaga bagi tubuh.
Sehubungan dengan peranannya dalam pembentukan hormon-hormon dalam
tubuh, kolesterol memegang peranan yang besar dalam hal ini. Di dalam tubuh,
hormon yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin, akan masuk dalam peredaran darah
dan berpengaruh besar pada jaringan serta aktiviti berbagai organ dalam tubuh.
Kolesterol merupakan bahan penting yang diperlukan oleh tubuh untuk
pembentukan hormon-hormon seperti testosteron, estrogen, dan progesteron. Pada
lelaki, kurangnya kadar hormon testosteron dalam tubuh sangat berpengaruh pada
fungsi seksual, produksi sperma, dan pembentukan otot. Rendahnya kadar hormon
ini dalam tubuh lelaki akan menyebabkan kepenatan yang ketara, gangguan ereksi,
dan juga depresi.
Pada wanita, kekurangan hormon ini dapat menyebabkan risiko
osteoporosis. Estrogen yang terdapat dalam kadar yang banyak pada wanita,
sangat besar pengaruhnya pada perkembangan ciri kelamin sekunder wanita seperti
payudara, pengaturan kitaran haid, serta pembentukan sel-sel telur.
Kekurangan hormon ini dapat menyebabkan gangguan reproduksi pada wanita.
Hormon lain pada wanita, progesteron, sangat penting untuk mempertahankan
kehamilan. Kekurangan hormon ini berisiko menyebabkan keguguran. Menyedari akan
peranan penting hormon bagi tubuh dan manfaat lain yang dihasilkannya dalam
tubuh, maka kewujudan kolesterol pun, sangat penting dan bermanfaat bagi tubuh.
No comments:
Post a Comment