Khasiat
Herba Cekur
Cekur adalah salah satu daripada ribuan jenis tumbuhan herba yang terdapat di Malaysia.Khasiat herba alami ini sangat banyak dan kurang diambil perhatian oleh masyarakat moden.Ianya boleh dimakan sebagai ulam.Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung,
menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat.
Herba Cekur yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat.Diguna oleh kebanyakan wanita lepas bersalin,melambatkan kesan penuaan, melancarkan haid,melegakan batuk,mengecutkan rahim,mengubati malaria,mengurangkan kebengkakan dan mengurangkan sakit saraf.
Pengenalan
Nama Botani :
Kaempferia galanga
Famili : Zingiberaceae (keluarga halia) Cekur merupakan tumbuhan dalam keluarga halia iaitu zingiberaceae. Pokok cekur terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur dan bunganya berwarna putih keunguan. Cekur boleh membiak melalui isinya @ rizom. Tempoh matang rizom cekur adalah diantara 8 hingga 10 bulan selepas ditanam.

Rizom atau umbisi
cekur mempunyai aroma yang agak lembut, Rizom cekur mengandungi sebatian minyak
pati sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian minyak yang
lain. Antara khasiat cekur nie adalah seperti berikut :
1. Tonik lepas
bersalin, bagi mengecutkan rahim.
2. Menyembuhkan kembung perut,
3. Melegakan perut memulas
4. Mengurangkan bengkak
5. Melancarkan Haid
6. Melegakan batuk
7. Sakit urat saraf
8. Senak perut
9. Buang Angin
10.Sakit Sendi
11.Muntah
2. Menyembuhkan kembung perut,
3. Melegakan perut memulas
4. Mengurangkan bengkak
5. Melancarkan Haid
6. Melegakan batuk
7. Sakit urat saraf
8. Senak perut
9. Buang Angin
10.Sakit Sendi
11.Muntah
Daun cekur muda
dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan
masakan. Orang jawa kat malaysia nie gunakan rizom cekur untuk buat kuih
tempeyek, Orang melayu dulu-dulu gunakan rizom cekur,jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati
malaria. Cekur juga digunakan oleh wanita lepas bersalin untuk
panaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot.
Pokok
cekur mempunyai daun yang sederhana lebar, tebal dan berwarna hijau manakala
bahagian bawah daunnya berwarna hijau muda dan isinya pula berwarna putih.
Pokok ini mudah didapati di kampung dan ramai suri rumah menanamnya di dalam pasu bunga. Selain digunakan sebagai bahan masakan, ia sering dijadikan ulam oleh wanita terutama selepas bersalin.
Selain dimakan begitu saja, amalan merebus pokok dan akarnya juga dilakukan. Air rebusan itu akan diminum oleh penggemar herba tradisi ini.
Khasiatnya dikatakan boleh mengembalikan tenaga terutama bagi wanita selepas bersalin dan mereka yang berasa kurang bermaya. Kepada mereka yang mengamalkannya secara berterusan, ulam ini turut membantu melambatkan kesan penuaan.
Cekur juga boleh menghilangkan gatal tekak dengan mengunyah isinya. Terdapat sejenis lagi cekur yang amat berkhasiat dalam tradisi perubatan Melayu.
Cekur yang disebut sebagai cekur merah ini berdaun perang dan mengeluarkan bunga berwarna merah jambu tetapi ada juga spesies yang mengeluarkan bunga berwarna ungu.

Cara-cara Penanaman Cekur
Bagi yang berminat untuk menanam, disini dinyatakan cara-caranya.Sesuai ditanam di keliling rumah sebagi hiasan.Benih cekur diperolehi dari pokok sedia
ada atau beli rizom dari pasar tani atau pasar biasa. Pastikan benih masih
elok dan belum kering serta mempunyai tunas yang baik. Sebaiknya untuk ditanam
dalam pasu atau dalam bekas khas (Kotak daripada tin atau plastik) yang
diisikan dengan tanah campuran (3:2:1 – Tanah, pasir dan baja organan) serta
mempunyai lubang air keluar. Masukkan benih 2-3 cm dalam tanah dan buat
penyiraman. Bagi tanaman di kebun sebaiknya sediakan batas untuk elakkan dari
takungan air. jarak tanaman antara 30 -60 cm bergantung kepada saiz batas.
Kawasan kecil diperlukan untuk menanam cekur secara komersial. Belum ada rekod
kawasan tanaman cekur secara meluas melebihi 1 hekar satu tempat.
Pembajaan tanaman cekur mudah iaitu dengan
baja organik (tahi ayam proses) sama ada tanaman di dalam pasu atau pun dalam
kebun. Baja 15:15:15 lingkungan 10 – 15 gm/pokok pada peringkat vegetatif serta baja NPK 12:12:17:2
apabila pokok hampir matang. Cabut rumpai dalam pasu dengan tangan dan elakkan
daripada pokok cekur cedera ketika mencabut rumpai. Antara musuh tanaman cekur
ialah serangan siput babi, siput kecil, belalang,
cengkerik dan ulat makan daun (Spodoptera litura)
. Kawalan disyorkan ialah dengan mengutip musuh jika ditanam dalam pasu.
Penggunaan racun serangga tidak digalakan bagi tanaman cekur.
No comments:
Post a Comment