Sakit Sendi
Pengenalan
Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan
bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung,
lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.
Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang
bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di
kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan
ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit.
Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke
individu yang lain.
Sebab-Sebab
Sakit Sendi
Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai
kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan
tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan
kesakitan.
· Kesakitan
ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak
sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat,
postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
·
Berat
badan berlebihan
·
Kecacatan
tulang belakang atau tangan dan kaki
·
Kecederaan
(kemalangan, bersukan dan sebagainya)
·
Penyakit
sendi seperti arthritis
·
Sakit
dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
·
Penyakit
tulang
·
Ketumbuhan
·
Jangkitan
kuman
·
Masalah
mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
·
Penyakit
kronik
·
Ubat-ubatan
Rawatan
Sakit sendi selalunya bukan disebabkan oleh
penyakit serius.
· Sakit
ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah seperti merehatkan sendi tersebut
secukupnya contohnya dengan penggunaan ´splint´ (pengampu).
· Kerap
mengenakan ´cold pack´(contoh ais yang dilipat dalam tuala) pada sendi yang
tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan
kemerahan(keradangan)
·
Selepas
beberapa hari, selangkan penggunaan pek sejuk dan panas . Urut secara lembut
juga boleh membantu
·
Kenakan
pek panas untuk meringankan ketegangan sendi.
· Guna ubat
penahan sakit seperti paracetamol(panadol) atau ubatan jenis ´non-steroidal
anti-inflammatory´ (NSAID) sekiranya paracetamol tidak melegakan. Ini boleh
didapati di farmasi.
·
Kurangkan
berat badan
·
Guna
kasut bertumit rendah
·
Bijak
menangani tekanan
·
Dapatkan
rawatan bagi penyakit yang khusus
Bila
Perlu Berjumpa Doktor.
·
Jika
sakit berlarutan walaupun telah merawatnya dengan cara di atas
·
Jika
sakit bertambah teruk dan tidak lega dengan ubat penahan sakit
·
Berjumpa
doktor segera setelah cedera
·
Sakit
yang menghalang anda dari bekerja
·
Sakit
yang berserta dengan demam, muntah, sesak nafas, kebas dan lemah
·
Penurunan
berat badan yang serius
·
Hilang
keupayaan untuk mengawal buang air kecil atau besar
·
Penglihatan
yang kabur
·
Sakit
perut atau cirit
·
Sendi
yang bengkak dan merah
·
Menghidap
HIV atau kanser
Pencegahan
·
Postur-
elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok
·
Tidur di
atas tilam yang keras
·
Elakkan
mengangkat barang berat
·
Kerap
bersenam - elok untuk memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar
·
Pengurangan
berat badan boleh membantu
·
Mengamalkan
rehat seketika termasuk regangan ketika memandu, berdiri atau duduk yang lama
·
Menangani
tekanan.
No comments:
Post a Comment