Sunday, 28 June 2015

Bawang putih adalah tanaman dari gen Allium yang memiliki nama saintifik Allium sativum . Bahagian tanaman yang digunakan adalah umbinya, biasanya digunakan sebagai bahan rempah masakan tradisional. Sama seperti bawang merah keduanya diibaratkan sebagai pasangan serasi yang mesti ada sebagai penyedap makanan.

Kerana lebih sering disebut sebagai bahan masakan hanya sedikit orang yang tahu bahawa bawang putih, seperti juga bawang merah juga terbukti mampu menjadi penawar berbagai jenis penyakit. Maka disini saya cuba ringkaskan manfaatnya.

Kandungan Bawang Putih
Bawang putih mampu jadi ubat tradisional kerana di dalamnya terhimpun banyak zat yang memiliki kemampuan khusus untuk menjaga kesihatan organ dalam tubuh manusia.



Berikut adalah kandungan pada bawang putih:

  • Energi
  • Serat
  • Gula
  • Lemak
  • Protein
  • Karbohidrat
  • Thiamin (Vitamin B1)
  • Riboflavin (Vitamin B2)
  • Niacin (Vitamin B3)
  • Vitamin A (Beta-karoten)
  • Vitamin B5 (Asam pantotenat)
  • Vitamin B6
  • Asam folat (Vitamin B9)
  • Vitamin C
  • Kalsium
  • Zat besi
  • Fosfor
  • Selenium
  • Mangan
  • Seng
  • Sodium
  • Kalium
  • Magnesium


Kesemua nutrisi tersebut nanti akan diekstrak menjadi khasiat yang begitu menyihatkan tubuh.

Manfaat Bawang Putih
Berikut ini khasiat dari tanaman bawang putih bagi kesihatan manusia:

Diabetes

Penyakit diabetes menyerang seseorang yang kadar gula dalam darahnya terlalu tinggi atau berlebihan. Membiasakan makan bawang putih mentah sangat baik untuk mengurangkan dan menetapkan jumlah kadar gula dalam darah sehingga masalah diabetes dapat diubati.

Menurunkan Berat Badan

Tahukah Anda kalau diet sihat harus disertai pengambilan makanan yang kandungannya adalah bawang putih?

Belum diketahui secara pasti bahan apa yang membantu proses penurunan berat badan. Yang jelas bawang putih akan membantu mengawal berat badan seseorang dalam angka yang ideal, walau bagaimanapun ianya tetap tergantung pada diri masing-masing untuk mengamalkan secara berterusan.

Melancarkan Peredaran Darah

Sistem peredaran darah dalam tubuh tidak selalu berfungsi secara sempurna, kadangkala ada ketikanya lemah kerana kekurangan nutrisi tertentu. Oleh sebab itu bawang putih dapat membantu memperlancar sistem peredaran darah ke seluruh tubuh serta membuka pembuluh darah yang tersumbat.

Menyembuhkan Penyakit Kulit

Berbagai jenis penyakit kulit dapat merosakkan penampilan, membuat anda malu ketika tampil dikhalayak umum.

Menggunakan minyak dari bawang putih mampu mengubati infeksi pada kulit sehingga kesannya kulit jadi lebih halus dan bersih. Dalam pemakaian juga janganlah berlebihan menggunakan agar tidak timbul kesan negatif akibat kerap menggunakan minyak bawang putih.

Mengubati Selsema

Bawang putih menyimpan antioksidan kuat yang berperanan dalam meningkatkan fungsi tubuh dari serangan penyakit, contohnya selsema. Jika pengambilan bawang putih secara berterusan, masalah selsema boleh dicegah serta diubati tanpa perlu melakukan rawatan yang lain.

Untuk membuat ramuan ubat selsema dari bawang putih, Anda harus mengiris bawang putih, kemudian rendam dalam air panas. DaIamkan beberapa ketika, lalu tapis airnya. Minum ramuan ini dan tambahkan sedikit madu agar tidak terlalu pahit rasanya.

Membersihkan Racun

Jumlah racun dalam tubuh boleh terus meningkat mengikut jumlah makanan kurang sihat yang diambil oleh seseorang.

Jika racun tidak dibiarkan lama dalam tubuh, maka keadaan kesihatan akan tetap stabil, begitulah sebaliknya. Untuk mendetoksifikasi racun dalam tubuh Anda boleh makan  beberapa butir bawang putih mentah. Hal ini juga baik untuk menjaga kesihatan kulit, lebih tepatnya mengelak kedutan kulit yang menampakkan penuaan.

Semua manfaat bawang putih boleh dirasakan terus menerus jika pengambilannya secara berterusan. Jika anda tidak dapat mengambilnya secara mentah bolehlah di jadikan bahan dalam masakan harian.

Saturday, 27 June 2015

Info dan Khasiat Herba Cekur


Khasiat Herba Cekur
Cekur adalah salah satu daripada ribuan jenis tumbuhan herba yang terdapat di Malaysia.Khasiat herba alami ini sangat banyak dan kurang diambil perhatian oleh masyarakat moden.Ianya boleh dimakan sebagai ulam.Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. 
Herba Cekur yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat.Diguna oleh kebanyakan wanita lepas bersalin,melambatkan kesan penuaan, melancarkan haid,melegakan batuk,mengecutkan rahim,mengubati malaria,mengurangkan kebengkakan dan mengurangkan sakit saraf.


 

Pengenalan

Nama Botani : Kaempferia galanga
Famili : Zingiberaceae (keluarga halia) Cekur  merupakan tumbuhan dalam keluarga halia iaitu zingiberaceae. Pokok cekur terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur dan bunganya berwarna putih keunguan. Cekur boleh membiak melalui isinya @ rizom. Tempoh matang rizom cekur adalah diantara 8 hingga 10 bulan selepas ditanam.
Rizom atau umbisi cekur mempunyai aroma yang agak lembut, Rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian minyak yang lain. Antara khasiat cekur nie adalah seperti berikut :
1.  Tonik lepas bersalin, bagi mengecutkan rahim.
2.  Menyembuhkan kembung perut,
3.  Melegakan perut memulas
4.  Mengurangkan bengkak
5.  Melancarkan Haid
6.  Melegakan batuk
7.  Sakit urat saraf
8.  Senak perut
9.  Buang Angin
10.Sakit Sendi
11.Muntah

Daun cekur muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan. Orang jawa kat malaysia nie gunakan rizom cekur untuk buat kuih tempeyek, Orang melayu dulu-dulu gunakan rizom cekur,jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati malaria. Cekur juga digunakan oleh wanita lepas bersalin untuk panaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot.
Pokok cekur mempunyai daun yang sederhana lebar, tebal dan berwarna hijau manakala bahagian bawah daunnya berwarna hijau muda dan isinya pula berwarna putih.

Pokok ini mudah didapati di kampung dan ramai suri rumah menanamnya di dalam pasu bunga. Selain digunakan sebagai bahan masakan, ia sering dijadikan ulam oleh wanita terutama selepas bersalin.

Selain dimakan begitu saja, amalan merebus pokok dan akarnya juga dilakukan. Air rebusan itu akan diminum oleh penggemar herba tradisi ini.

Khasiatnya dikatakan boleh mengembalikan tenaga terutama bagi wanita selepas bersalin dan mereka yang berasa kurang bermaya. Kepada mereka yang mengamalkannya secara berterusan, ulam ini turut membantu melambatkan kesan penuaan.

Cekur juga boleh menghilangkan gatal tekak dengan mengunyah isinya. Terdapat sejenis lagi cekur yang amat berkhasiat dalam tradisi perubatan Melayu.

Cekur yang disebut sebagai cekur merah ini berdaun perang dan mengeluarkan bunga berwarna merah jambu tetapi ada juga spesies yang mengeluarkan bunga berwarna ungu.

Cara-cara Penanaman Cekur


Bagi yang berminat untuk menanam, disini dinyatakan cara-caranya.Sesuai ditanam di keliling rumah sebagi hiasan.Benih cekur diperolehi dari pokok sedia ada atau beli rizom dari pasar tani atau pasar biasa. Pastikan benih masih elok dan belum kering serta mempunyai tunas yang baik. Sebaiknya untuk ditanam dalam pasu atau dalam bekas khas (Kotak daripada tin atau plastik) yang diisikan dengan tanah campuran (3:2:1 – Tanah, pasir dan baja organan) serta mempunyai lubang air keluar. Masukkan benih 2-3 cm dalam tanah dan buat penyiraman. Bagi tanaman di kebun sebaiknya sediakan batas untuk elakkan dari takungan air. jarak tanaman antara 30 -60 cm bergantung kepada saiz batas. Kawasan kecil diperlukan untuk menanam cekur secara komersial. Belum ada rekod kawasan tanaman cekur secara meluas melebihi 1 hekar satu tempat.

Pembajaan tanaman cekur mudah iaitu dengan baja organik (tahi ayam proses) sama ada tanaman di dalam pasu atau pun dalam kebun. Baja 15:15:15 lingkungan 10 – 15 gm/pokok pada peringkat vegetatif serta baja NPK 12:12:17:2 apabila pokok hampir matang. Cabut rumpai dalam pasu dengan tangan dan elakkan daripada pokok cekur cedera ketika mencabut rumpai. Antara musuh tanaman cekur ialah serangan siput babi, siput kecil, belalang, cengkerik dan ulat makan daun (Spodoptera litura) . Kawalan disyorkan ialah dengan mengutip musuh jika ditanam dalam pasu. Penggunaan racun serangga tidak digalakan bagi tanaman cekur.

Sakit Sendi

Sakit Sendi
Pengenalan
Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.
Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.


Sebab-Sebab Sakit Sendi
Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.
·    Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
·         Berat badan berlebihan
·         Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
·         Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
·         Penyakit sendi seperti arthritis
·         Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
·         Penyakit tulang
·         Ketumbuhan
·         Jangkitan kuman
·         Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
·         Penyakit kronik
·         Ubat-ubatan

Rawatan
Sakit sendi selalunya bukan disebabkan oleh penyakit serius.
·        Sakit ringan akan reda dengan langkah-langkah mudah seperti merehatkan sendi tersebut secukupnya contohnya dengan penggunaan ´splint´ (pengampu).
·    Kerap mengenakan ´cold pack´(contoh ais yang dilipat dalam tuala) pada sendi yang tercedera sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan(keradangan)
·         Selepas beberapa hari, selangkan penggunaan pek sejuk dan panas . Urut secara lembut juga boleh membantu
·         Kenakan pek panas untuk meringankan ketegangan sendi.
·      Guna ubat penahan sakit seperti paracetamol(panadol) atau ubatan jenis ´non-steroidal anti-inflammatory´ (NSAID) sekiranya paracetamol tidak melegakan. Ini boleh didapati di farmasi.
·         Kurangkan berat badan
·         Guna kasut bertumit rendah
·         Bijak menangani tekanan
·         Dapatkan rawatan bagi penyakit yang khusus

Bila Perlu Berjumpa Doktor.
·         Jika sakit berlarutan walaupun telah merawatnya dengan cara di atas
·         Jika sakit bertambah teruk dan tidak lega dengan ubat penahan sakit
·         Berjumpa doktor segera setelah cedera
·         Sakit yang menghalang anda dari bekerja
·         Sakit yang berserta dengan demam, muntah, sesak nafas, kebas dan lemah
·         Penurunan berat badan yang serius
·         Hilang keupayaan untuk mengawal buang air kecil atau besar
·         Penglihatan yang kabur
·         Sakit perut atau cirit
·         Sendi yang bengkak dan merah
·         Menghidap HIV atau kanser

Pencegahan
·         Postur- elakkan berdiri atau berjalan secara bongkok
·         Tidur di atas tilam yang keras
·         Elakkan mengangkat barang berat
·         Kerap bersenam - elok untuk memastikan otot dan sendi berfungsi dengan lancar
·         Pengurangan berat badan boleh membantu
·         Mengamalkan rehat seketika termasuk regangan ketika memandu, berdiri atau duduk yang lama

·         Menangani tekanan.
Fakta sakit kepala migrain

Sakit kepala migrain adalah hasil daripada perubahan tertentu di dalam otak. Ia menyebabkan sakit kepala yang teruk yang sering disusuli dengan keadaan diri yang sensitif kepada cahaya, bunyi, atau bau.

Tanda-tanda biasa migrain adalah:
  • Sakit mata
  • Kepekaan kepada cahaya , bunyi atau bau.
  • Loya
  • Muntah
  • Kesakitan yang teruk, biasanya pada satu bahagian kepala bahawa beberapa individu menggambarkan sebagai "berdebar-debar"
  • Lain-lain jenis sakit kepala juga boleh menyebabkan kesakitan yang teruk, dan tidak semua sakit kepala adalah migrain. Sebagai contoh, sesetengah orang menggambarkan kesakitan sakit kepala kelompok seperti kesakitan yang paling teruk yang mereka alami.
  • Punca sebenar migrain tidak diketahui. Perubahan dalam tahap neurotransmitter dalam otak dianggap memainkan peranan.
  • Migrain didiagnosis dengan tanda-tanda klinikal yang biasa dan gejala.




Beberapa faktor boleh mencetuskan migrain termasuk:
  • Perubahan hormon,
  • Tekanan,
  • Rangsangan yang kuat seperti bunyi kuat.
  • Rawatan migrain melibatkan over-the-counter (OTC) atau ubat-ubatan preskripsi.
  • Ubat-ubatan preskripsi yang digunakan untuk melegakan sakit migrain termasuk triptans, sebagai contoh,
  • Perubahan gaya hidup seperti pemakanan dan senaman boleh menjadi berguna untuk membantu pesakit migrain menguruskan  keadaan mereka.
  • Mengelakkan pencetus pemakanan migrain mungkin boleh membantu sesetengah pesakit mengurangkan kekerapan serangan.
  • Sesetengah orang mendapati bahawa senaman seperti yoga, yang menggalakkan kelonggaran otot adalah membantu dalam menguruskan kesakitan.
  • Kebanyakan orang dengan migrain mendapati keadaan mereka menjadi terkawal dengan gabungan ubat-ubatan dan perubahan gaya hidup.
  • Ubat-ubatan pencegahan pelbagai jenis ubat boleh digunakan dalam sesetengah pesakit untuk mengurangkan kekerapan migrain.


Apa itu migrain?

Walaupun ramai orang menggunakan istilah "migrain" untuk menggambarkan sakit kepala yang teruk, sakit kepala migrain adalah hasil daripada perubahan fisiologi tertentu yang berlaku di dalam otak dan menyebabkan rasa sakit dan gejala yang berkaitan daripada migrain.

Sakit kepala migrain biasanya dikaitkan dengan sensitif kepada cahaya, bunyi dan bau. Di samping itu, ramai pesakit mengalami mual atau muntah-muntah. Sakit kepala migrain yang sering terjadi melibatkan hanya satu bahagian kepala tetapi dalam sesetengah kes, pesakit mungkin mengalami sakit secara dua hala atau di kedua-dua belah pihak. Kesakitan migrain yang sering digambarkan sebagai berdenyut atau berdebar-debar dan ianya boleh dielakkan dengan melakukan senaman fizikal.

Dalam beberapa kes, pesakit migrain mengalami gejala tertentu , atau aura, sebelum bermulanya sakit kepala mereka. Gejala-gejala ini memberi amaran seolah-olah seperti lampu berkelip atau rasa lemah yang melibatkan satu bahagian badan. Aura boleh bertahan selama beberapa minit, dan kemudian terus sakit kepala bermula atau boleh bertahan sehingga sakit kepala terhenti. Bagi pesakit yang tidak pernah mengalami aura, keadaan boleh jadi membimbangkan dan boleh menyerupai gejala-gejala strok.


Bukan semua sakit kepala mewakili migrain, dan bukan satu-satunya keadaan yang boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk . Sebagai contoh, sakit kepala kelompok adalah sakit kepala yang sangat teruk yang memberi kesan pada sebelah kepala dengan cara yang berulang (berlaku dalam "kelompok" dari masa ke masa). Sakit itu kadang-kadang digambarkan seperti "digerudi," dan boleh menjadi lebih teruk daripada sakit migrain dalam beberapa kes. Sakit kepala kelompok adalah kurang berlaku berbanding migrain biasa.

Friday, 26 June 2015

Asma - Lelah

Apa itu Asma?

Asma adalah sejenis penyakit paru-paru  yang menyempitkan saluran pernafasan. Asma menyebabkan bunyi berdecit yang berulang (bunyi bersiul apabila anda bernafas), sesak dada, sesak nafas, dan batuk. Batuk akibat asma sering berlaku pada waktu malam atau awal pagi.

Asma boleh dihidapi oleh semua peringkat umur, tetapi ia sering bermula sejak kecil lagi. Di Amerika Syarikat, lebih daripada 25 juta orang diketahui mempunyai asma. Kira-kira 7 juta daripadanya adalah kanak-kanak.



Untuk memahami asma, kita perlu mengetahui bagaimana saluran pernafasan berfungsi. Saluran udara adalah tiub yang membawa udara ke dalam dan keluar dari paru-paru anda. Mereka yang mempunyai asma mengalami radang saluran pernafasan. Keradangan membuat saluran pernafasan membengkak dan sangat sensitif. Saluran udara cenderung untuk bertindak balas dengan segera kepada bahan sedutan tertentu.

Apabila saluran pernafasan bertindak balas, otot-otot di sekeliling mereka mengetatkan. Ini menyempitkan saluran udara, menyebabkan udara kurang mengalir ke dalam paru-paru. Bengkak pada saluran yang teruk, menjadikan saluran pernafasan semakin sempit. Sel-sel di dalam saluran pernafasan mungkin membuat lebih banyak lendir daripada biasa. Mukus adalah melekit, cecair tebal yang terhasil boleh menyempitkan saluran pernafasan.

rantaian tindak balas ini boleh menyebabkan gejala asma. Gejala boleh berlaku setiap kali saluran pernafasan mengalami keradangan.

Asma

Rajah A menunjukkan lokasi paru-paru dan saluran udara di dalam badan. Rajah B menunjukkan keratan-rentas saluran udara biasa. Rajah C menunjukkan keratan rentas saluran pernafasan yang dalam gejala asma.

Kadang-kadang gejala asma tidak begitu teruk dan akan hilang sendiri atau selepas rawatan minimum dengan ubat asma. Ada ketika yang lain, gejala booleh berterusan dan menjadi lebih buruk.

Apabila gejala asma kerap berlaku, anda mengalami serangan asma. Serangan asma juga dipanggil flareups atau exacerbations (contoh-zas-er-BA-shuns).

Merawat gejala apabila ketika menyedarinya adalah penting. Ini akan membantu mencegah gejala daripada menjadi lebih teruk dan menyebabkan serangan asma yang teruk. Serangan asma yang teruk mungkin memerlukan rawatan kecemasan, dan mereka boleh membawa maut.

Kesimpulan

Asma tidak mempunyai penawar. Walaupun anda berasa sihat, anda masih mempunyai penyakit ini dan ia boleh muncul pada bila-bila masa.

Walau bagaimanapun, dengan pengetahuan dan rawatan yang ada pada zaman ini, kebanyakan mereka yang mempunyai asma dapat mengawal penyakit ini.  Mereka boleh hidup normal, kehidupan aktif dan tidur sepanjang malam tanpa gangguan asma.



Jika anda mempunyai asma, anda boleh mengambil peranan aktif dalam mengatasi penyakit ini. Untuk rawatan yang berjaya, menyeluruh dan berterusan, membina hubungan yang baik dan berterusan dengan doktor anda.

Gout

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.
Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.

Peringkat Gout
Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:
1. asimptomatik
2. akut
3. interkritikal
4. kronik.
Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.
Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.
PENGEMPULAN CECAIR PEMBENTUKAN KRISTAL DIAMBIL DARI PESAKIT
Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.
Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.
Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang (kidney failure).
Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.
Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.
Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, ia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis ini langsung tidak munasabah.
Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkat selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.
Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak dalam menangani gout.
Sekarang marilah kita berbincang bagaimana untuk merawat penyakit gout ini menurut kaedah tradisional dan sebahagian besarnya diwariskan oleh arwah guru saya. Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmatinya. Dalam proses kita ingin merawat masalah gout ini, terlebih dahulu kita perlu mengetahui punca masalah gout ini. Sebagaimana disebutkan di atas, gout adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik dan pengambilan makan yang banyak menghasilkan asid urik.
Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu oleh mantan Menteri kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa mee kuning yang mengandungi asid borik dan makanan segera serta makanan rapu merosakkan buah pinggang.
Tanda dan gejala
Ghout pada sendi jari kaki.
Gambaran klasik tentang gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.
Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.
Pesakit-pesakit dengan hiperurisemia (sila lihat di bawah) boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks telinga. Dalam sebilangan kes, karang-karang asid urik boleh membentuk sejenis karang ginjal.
Punca gout antaranya ialah:
1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari
2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
3. Gemar makan buah-buahan jeruk
4. Gemar makan mee segera
5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
7. Gemar dan kerap minum teh kedai
8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya
9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yang banyak.
10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin
12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya
14. Terlalu kerap makan makan kari
15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
16. Kerap makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
17. Kerap mengambil ubat pain killer
18. Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dsbnya
19. Penggambilan ubat supplement yang bermacam.
Pencegahan
Rawatan jangka panjang (untuk serangan-serangan yang kerap) ialah terapi antihiperurisemia. Perubahan diet boleh mengurangkan aras urat plasma jika diet itu tidak banyak mengandungi purina kerana badan akan memetabolismekannya menjadi asid urik. Diet yang disyorkan ialah makanan-makanan peneutral purina, seperti buah-buahan segar (khususnya buah ceri, dan strawberi) dan kebanyakan sayur-sayuran segar, jus saderi tercair, air suling, serta vitamin B-kompleks dan vitamin C. Alkohol serta makanan purina tinggi, seperti daging, ikan, kacang (termasuk lentil, dan kacang pea), cendawan, daun bayam, pucuk asparagus, dan kubis bunga, harus dielakkan.
Salah satu ubat semula jadi yang kuat ialah ekstrak buah beri yang terdiri daripada bilberi, beri biru, ceri.atau manggis. Bahan-bahan antosianida yang memberikan warna biru dan unggu kepada beri-beri tersebut menjadi bahan anti radang selepas memasuki badan. Ini mungkin merupakan pilihan yang lebih baik untuk pesakit-pesakit transplan yang sering menghidap gout, disebabkan pertambahan ketoksikan dan bebanan pada ginjal yang diakibatkan oleh ubat penindas keimunan.
Langkah pertama yang perlu diambil dan diamalkan bagi menjarakkan diri dengan Gout adalah penjagaan fungsi sepenuhnya buah pinggang. Selagi buah pinggang masih kuat dan berfungsi kita masih mempunyai harapan untuk melawan Gout. Untuk ini sila laksanakan cadangan berikut
1) Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang yang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih dibanding dengan orang yang bekerja ringan. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.
2) Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala jenis kacang bergaram.
3) Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
4) Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan jeruk anggur.
5) Elak memakan mi segera seperti mi maggi dsb.
6) Elak memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb.
7) Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei). Segala produk yang menggunakan tepung putih juga perlu dielakkan seperti roti dan pizza.
8) Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.
9) Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
10) Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.
11) Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
12) Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu.
13) Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja).
14) Elakkan tembikai dan tembikai susu.
15) Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
16) Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
17) Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti kepak dan peha.
18) Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
19) Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
20) Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
21) Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
22) Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
23) Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
24) Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
25) Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
26) Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
27) Elakkan jering, petai dan kerdas
28) Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
29) Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb
30) Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
31) Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
32) Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
33) Elakkan sayuran jeruk
34) Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
35) Elakkan telur masin
36) Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
37) Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England (www.shenbing.org/shenbingzhishi/zixun04.asp)
38) Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
39) Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
40) Kurangkan makanan bersantan
41) Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto.
42) Susu, yogurt, keju, kacang dan kekacang, mentega kacang dan sesetengah produk soya
43) Kurangkan makanan bersantan
44) Wajib dihindari: Sarden, (ginjal, limpa, usus, hati, jantung,), otak, kaldu daging, bebek, angsa, burung, kerang, minuman beralkohol, makanan beragi.
45) Wajib dibatasi Asparagus, buncis, kacang polong (maksimum 50 gr/hari), kacang hijau, kacang merah, kacang tanah (maksimum 25 gr/hr),Daging, ayam, ikan (bandeng, tongkol, tengiri, bawal) — (maksimum 50 gr/hari), Tahu, tempe, oncom (maksimum 50 gr/hr).
46) Bila kadar asam urat darah lebih dari ukuran normal (di atas 7 mg/dL), hendaknya menghindari makanan golongan A dan membatasi konsumsi makanan golongan B. Yang masuk golongan A adalah hati, ginjal, otak,jantung, seafood, dan sebagainya. Makanan itu mengandung 150-1.000 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.
47) Bahan pangan golongan B antara lain daging sapi, ikan laut, kacang kering, bayam, kembang kol, dan sebagainya. Kadar purin dalam jenis makanan itu sekitar 50-150 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.
48) Jenis makanan yang relatif aman untuk dikonsumsi yaitu yang masuk golongan C, seperti keju, susu, telur, oncom, dan sebagainya. Dalam setiap 100 gr bahan pangan tersebut terkandung sekitar 0-15 mg purin.
49) Elak makanan laut, daging merah seperti daging lembu dan kambing.
Cadangan untuk melegakan kesakitan
Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang akal untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan.
Berbekam dan bekam lintah ternyata antara salah satu alternatif selain ubatan moden yang digunakan untuk menghilangkan serta mencegah penyakit gout. Keberkesanan bekam lintah dalam menyembuh penyakit ini adalah kerana wujudnya hirudin (pencair darah) dalam air liur lintah itu sendiri.
Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu diantaranya ialah:
1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing
2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria dan peria katak
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)
6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb
8. Buah Delima
9. Epal hijau 2 biji seminggu
10. Burung seperti burung puyuh dan merpati
11. Daging itik, rusa, pelanduk, landak, arnab dan sebagainya
12. Garam kasar menggantikan garam halus
13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran
15. Penggambilan HABBATUSSAUDA
16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.
Rawatan Tradisional
1) Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang.
2) Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.
3) Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.
Penyakit gout adalah rahmat dari Ilahi. Orang yang sihat memanjang sampai tua selalunya susah untuk mengingati Allah. Penyakit ini mudah-mudahan menjadi kafarah untuk menebus segala dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah. Gout macam rambut yang bertukar menjadi putih sebagai amaran dari Allah bahawasanya kita makhluk Allah akan dipanggil mengadapNya dan masanya sudah semakin hampir.