Sunday, 28 June 2015

Bawang putih adalah tanaman dari gen Allium yang memiliki nama saintifik Allium sativum . Bahagian tanaman yang digunakan adalah umbinya, biasanya digunakan sebagai bahan rempah masakan tradisional. Sama seperti bawang merah keduanya diibaratkan sebagai pasangan serasi yang mesti ada sebagai penyedap makanan.

Kerana lebih sering disebut sebagai bahan masakan hanya sedikit orang yang tahu bahawa bawang putih, seperti juga bawang merah juga terbukti mampu menjadi penawar berbagai jenis penyakit. Maka disini saya cuba ringkaskan manfaatnya.

Kandungan Bawang Putih
Bawang putih mampu jadi ubat tradisional kerana di dalamnya terhimpun banyak zat yang memiliki kemampuan khusus untuk menjaga kesihatan organ dalam tubuh manusia.



Berikut adalah kandungan pada bawang putih:

  • Energi
  • Serat
  • Gula
  • Lemak
  • Protein
  • Karbohidrat
  • Thiamin (Vitamin B1)
  • Riboflavin (Vitamin B2)
  • Niacin (Vitamin B3)
  • Vitamin A (Beta-karoten)
  • Vitamin B5 (Asam pantotenat)
  • Vitamin B6
  • Asam folat (Vitamin B9)
  • Vitamin C
  • Kalsium
  • Zat besi
  • Fosfor
  • Selenium
  • Mangan
  • Seng
  • Sodium
  • Kalium
  • Magnesium


Kesemua nutrisi tersebut nanti akan diekstrak menjadi khasiat yang begitu menyihatkan tubuh.

Manfaat Bawang Putih
Berikut ini khasiat dari tanaman bawang putih bagi kesihatan manusia:

Diabetes

Penyakit diabetes menyerang seseorang yang kadar gula dalam darahnya terlalu tinggi atau berlebihan. Membiasakan makan bawang putih mentah sangat baik untuk mengurangkan dan menetapkan jumlah kadar gula dalam darah sehingga masalah diabetes dapat diubati.

Menurunkan Berat Badan

Tahukah Anda kalau diet sihat harus disertai pengambilan makanan yang kandungannya adalah bawang putih?

Belum diketahui secara pasti bahan apa yang membantu proses penurunan berat badan. Yang jelas bawang putih akan membantu mengawal berat badan seseorang dalam angka yang ideal, walau bagaimanapun ianya tetap tergantung pada diri masing-masing untuk mengamalkan secara berterusan.

Melancarkan Peredaran Darah

Sistem peredaran darah dalam tubuh tidak selalu berfungsi secara sempurna, kadangkala ada ketikanya lemah kerana kekurangan nutrisi tertentu. Oleh sebab itu bawang putih dapat membantu memperlancar sistem peredaran darah ke seluruh tubuh serta membuka pembuluh darah yang tersumbat.

Menyembuhkan Penyakit Kulit

Berbagai jenis penyakit kulit dapat merosakkan penampilan, membuat anda malu ketika tampil dikhalayak umum.

Menggunakan minyak dari bawang putih mampu mengubati infeksi pada kulit sehingga kesannya kulit jadi lebih halus dan bersih. Dalam pemakaian juga janganlah berlebihan menggunakan agar tidak timbul kesan negatif akibat kerap menggunakan minyak bawang putih.

Mengubati Selsema

Bawang putih menyimpan antioksidan kuat yang berperanan dalam meningkatkan fungsi tubuh dari serangan penyakit, contohnya selsema. Jika pengambilan bawang putih secara berterusan, masalah selsema boleh dicegah serta diubati tanpa perlu melakukan rawatan yang lain.

Untuk membuat ramuan ubat selsema dari bawang putih, Anda harus mengiris bawang putih, kemudian rendam dalam air panas. DaIamkan beberapa ketika, lalu tapis airnya. Minum ramuan ini dan tambahkan sedikit madu agar tidak terlalu pahit rasanya.

Membersihkan Racun

Jumlah racun dalam tubuh boleh terus meningkat mengikut jumlah makanan kurang sihat yang diambil oleh seseorang.

Jika racun tidak dibiarkan lama dalam tubuh, maka keadaan kesihatan akan tetap stabil, begitulah sebaliknya. Untuk mendetoksifikasi racun dalam tubuh Anda boleh makan  beberapa butir bawang putih mentah. Hal ini juga baik untuk menjaga kesihatan kulit, lebih tepatnya mengelak kedutan kulit yang menampakkan penuaan.

Semua manfaat bawang putih boleh dirasakan terus menerus jika pengambilannya secara berterusan. Jika anda tidak dapat mengambilnya secara mentah bolehlah di jadikan bahan dalam masakan harian.

Saturday, 27 June 2015

Info dan Khasiat Herba Cekur


Khasiat Herba Cekur
Cekur adalah salah satu daripada ribuan jenis tumbuhan herba yang terdapat di Malaysia.Khasiat herba alami ini sangat banyak dan kurang diambil perhatian oleh masyarakat moden.Ianya boleh dimakan sebagai ulam.Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. 
Herba Cekur yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat.Diguna oleh kebanyakan wanita lepas bersalin,melambatkan kesan penuaan, melancarkan haid,melegakan batuk,mengecutkan rahim,mengubati malaria,mengurangkan kebengkakan dan mengurangkan sakit saraf.


 

Pengenalan

Nama Botani : Kaempferia galanga
Famili : Zingiberaceae (keluarga halia) Cekur  merupakan tumbuhan dalam keluarga halia iaitu zingiberaceae. Pokok cekur terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur dan bunganya berwarna putih keunguan. Cekur boleh membiak melalui isinya @ rizom. Tempoh matang rizom cekur adalah diantara 8 hingga 10 bulan selepas ditanam.
Rizom atau umbisi cekur mempunyai aroma yang agak lembut, Rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian minyak yang lain. Antara khasiat cekur nie adalah seperti berikut :
1.  Tonik lepas bersalin, bagi mengecutkan rahim.
2.  Menyembuhkan kembung perut,
3.  Melegakan perut memulas
4.  Mengurangkan bengkak
5.  Melancarkan Haid
6.  Melegakan batuk
7.  Sakit urat saraf
8.  Senak perut
9.  Buang Angin
10.Sakit Sendi
11.Muntah

Daun cekur muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan. Orang jawa kat malaysia nie gunakan rizom cekur untuk buat kuih tempeyek, Orang melayu dulu-dulu gunakan rizom cekur,jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati malaria. Cekur juga digunakan oleh wanita lepas bersalin untuk panaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot.
Pokok cekur mempunyai daun yang sederhana lebar, tebal dan berwarna hijau manakala bahagian bawah daunnya berwarna hijau muda dan isinya pula berwarna putih.

Pokok ini mudah didapati di kampung dan ramai suri rumah menanamnya di dalam pasu bunga. Selain digunakan sebagai bahan masakan, ia sering dijadikan ulam oleh wanita terutama selepas bersalin.

Selain dimakan begitu saja, amalan merebus pokok dan akarnya juga dilakukan. Air rebusan itu akan diminum oleh penggemar herba tradisi ini.

Khasiatnya dikatakan boleh mengembalikan tenaga terutama bagi wanita selepas bersalin dan mereka yang berasa kurang bermaya. Kepada mereka yang mengamalkannya secara berterusan, ulam ini turut membantu melambatkan kesan penuaan.

Cekur juga boleh menghilangkan gatal tekak dengan mengunyah isinya. Terdapat sejenis lagi cekur yang amat berkhasiat dalam tradisi perubatan Melayu.

Cekur yang disebut sebagai cekur merah ini berdaun perang dan mengeluarkan bunga berwarna merah jambu tetapi ada juga spesies yang mengeluarkan bunga berwarna ungu.

Cara-cara Penanaman Cekur


Bagi yang berminat untuk menanam, disini dinyatakan cara-caranya.Sesuai ditanam di keliling rumah sebagi hiasan.Benih cekur diperolehi dari pokok sedia ada atau beli rizom dari pasar tani atau pasar biasa. Pastikan benih masih elok dan belum kering serta mempunyai tunas yang baik. Sebaiknya untuk ditanam dalam pasu atau dalam bekas khas (Kotak daripada tin atau plastik) yang diisikan dengan tanah campuran (3:2:1 – Tanah, pasir dan baja organan) serta mempunyai lubang air keluar. Masukkan benih 2-3 cm dalam tanah dan buat penyiraman. Bagi tanaman di kebun sebaiknya sediakan batas untuk elakkan dari takungan air. jarak tanaman antara 30 -60 cm bergantung kepada saiz batas. Kawasan kecil diperlukan untuk menanam cekur secara komersial. Belum ada rekod kawasan tanaman cekur secara meluas melebihi 1 hekar satu tempat.

Pembajaan tanaman cekur mudah iaitu dengan baja organik (tahi ayam proses) sama ada tanaman di dalam pasu atau pun dalam kebun. Baja 15:15:15 lingkungan 10 – 15 gm/pokok pada peringkat vegetatif serta baja NPK 12:12:17:2 apabila pokok hampir matang. Cabut rumpai dalam pasu dengan tangan dan elakkan daripada pokok cekur cedera ketika mencabut rumpai. Antara musuh tanaman cekur ialah serangan siput babi, siput kecil, belalang, cengkerik dan ulat makan daun (Spodoptera litura) . Kawalan disyorkan ialah dengan mengutip musuh jika ditanam dalam pasu. Penggunaan racun serangga tidak digalakan bagi tanaman cekur.